Friday, 12 August 2016




 

DUA6022:KOMUNIKASI DAN PENYIARAN  ISLAM          




SALWA BINTI SAIDI                                                          02DTM14F1067 
TAHIRAH BINTI ABDULLAH                                            02DTM14F1170
NOR AZILA BINTI DAUD                                                   02DTM14F1176
NURUL ERNIE SHAFIQAH BINTI KAMARUDIN   02DTM14F1111
    

USTAZAH WAHIDAH BINTI MAT SAID    






1.PERAYAAN-PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA MAMPU MEWUJUDKAN SEMANGAT PERPADUAN DI KALANGAN KAUM MALAYSIA .


ISI KANDUNGAN 

1. Tajuk 
         2. Pengenalan 
    3. Huraian 
                                                 3.1. Perayaan Hari Raya Aidilfitri 
                                     3.2. Hari Tahun Baru Cina
                        3.3. Hari Deepavali
                 3.4. Hari Natal 
               4. Peranan pelajar 
        5. Kesimpulan 
  6. Rujukan 
     7. Lampiran  

 
 2. Pengenalan
 
Hari raya dari segi istilah bermaksud 'hari kebesaran'. Hari perayaan lazimnya kini merujuk kepada hari yang ditentukan suatu kerajaan atau kumpulan agama sebagai hari yang bermakna kepada mereka. Hari-hari ini biasanya merupakan hari kelepasan am di negara-negara yang menyambutnya. Hari raya yang terdapat di Malaysia adalah hari raya agama Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Manakala, hari raya bagi agama Hindu ialah Deepavali, Thaipusam dan lain-lain lagi. Bagi perayaan kaum Cina ia adalah hari tahun baru cina, hari kuih bulan dan lain-lain.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip  Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

 






3. Huraian


3.1 Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Hari Raya Puasa merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan di mana umat Islam berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam kalender Hijrah Islam.













Perayaan Hari Raya Puasa bermula setelah perisytiharan dibuat oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah. Sembahyang Sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi.
Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka. 


3.2Hari Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina merupakan pesta Perayaan Musim Bunga "Spring" terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalender lunar Cina. Kalender lunar Cina terbahagi kepada kitaran dua belas tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Menurut turutan, haiwan tersebut adalah tikus, kerbau, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing, dan babi. Kepercayaan popular menyatakan perangai dan nasib seseorang ditentukan oleh tahun kelahiran mereka.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun akan dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau hantu jahat dan nasib tidak baik. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau kumquat.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti itik salai, sosej, kek beras, dan limau mandrin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang bekeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian Naga atau Singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Meh.

3.3 Hari Deepavali
Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut ugama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti umum di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (Antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayaakan sebagai perayaan Deepavali.

Pada pagi Deepavali penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. 


Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah  mereka.




3.4 Hari Natal
Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang disambut oleh semua pengikut ugama Nasarani di dunia. Bagaimanapun, kajian menunjukkan Hari Natal bukanlah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ.

Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas. Teater Krismas, parti nyanyian keugamaan (Carol) akan diadakan.
Derma akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara tradisi, hadiah akan diberikan oleh Santa Claus kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sekarang, perayaan hari Natal bersifat lebih komersial di mana gedung-gedung jualan akan dihiasi untuk membuat persediaan jualan hari Natal semenjak awal Disember lagi.  


4. PERANAN PELAJAR TENTANG PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA
Antara peranan pelajar tentang perayaan-perayaan di malaysia ialah dapat melakukan program jamuan hari raya yang melibatkan pelbagai jenis makanan untuk perayaan semua kaum di Malaysia. Malah, perayaan ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum dan bangsa. Walau bagaimanapun, perayaan ini dapat memupuk perpaduan sesama kaum serta dapat merasai perayaan-perayaan agama yang lain. 




5.KESIMPULAN



Kesimpulannya, perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia merupakan satu cara untuk memupuk perpaduan di antara kaum. Selain itu, sambutan perayaan bagi semua jenis agama yang unik juga dapat disambut/dirasai oleh semua kaum. Diharap tugasan ini dapat memberikan faedah kepada semua.







6.  RUJUKAN 

  • Perpaduan Kaum Di Malaysia                                                                    https://www.scribd.com/doc/33177276/Perpaduan-Kaum-Di-Malaysia by zi_lian92
  •  https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_perayaan#Islam
  •  https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri
  •  https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
  •  https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Krismas




LAMPIRAN